Thursday, August 12, 2010

MEMAHAMI MUALLAF

  1. Makna Muallaf 
  2. Punca Masuk Islam
  3. Cabaran Muallaf
  4. Kelas Bimbingan Muallaf
1. Makna Muallaf
Muallaf berasal daripada bahasa Arab iaitu allafa bermakna berjinak-jinak atau lembut. Jadi muallaf adalah orang yang mula berjinak-jinak kepada Islam adakah sudah masuk Islam ataupun belum. Sekiranya mereka telah belajar dan mengamalkan Islam maka tidak layak lagi dipanggil sebagai muallaf tetapi lebih sesuai dipanggil sebagai Mukallaf. 
          Sayangnya di Malaysia sungguhpun mereka telah belajar dan mengamalkan Islam masih tetap digelar muallaf bahkan mereka telah mengajar muslim lain masih tetap digelar sebagai Muallaf seperti Muhammad Riduan Tee Abdullah, Muhammad Ravi Abdullah, Mohd Nicholas Sylvester dan Shah Kirit Bin Kalukal serta Lim Joi Soon. 
          Di Malaysia kita sering menggelar muallaf sebagai Saudara Baru dan Saudara Kita, gelar ini seolah-olah akan membuka ruang untuk membeza-bezakan muslim yang dilahirkan dalam keluarga Islam dengan yang masuk Islam. Ada sesetengah muallaf yang tidak menyukai gelaran tersebut kerana kalau ada saudara baru maknanya ada saudara lama sehingga timbul jurang diantara saudara baru dengan muslim yang lahir dalam keluarga muslim.  
2. Punca Masuk Islam 
Ada banyak punca seseorang tersebut masuk Islam antaranya:
    • Kahwin, ada sebahagian orang masuk Islam kerana perkahwinan campur dengan perempuan atau lelaki muslim. Sebahagian muslim menilai rendah terhadap muallaf yang masuk Islam disebabkan oleh perkahwinan. Sepatutnya orang yang masuk Islam kerana perkahwinan bukan suatu aib kerana hidayah Allah pelbagai macam cara, yang penting macamna kita manfaatkan peluang tersebut untuk membimbing dan mendidik mereka sehingga mereka dapat menjadi muslim yang baik.
    • Pergaulan, pergaulan antara muslim dengan bukan muslim telah membuka ruang untuk saling kenal dan memahami budaya dan agama masing-masing. Ini adalah peluang terbaik bagi muslim untuk menyampaikan Islam kepada bukan muslim. Hubungan persahabatan yang baik telah memecahkan tembok penghalang di antara perbazaan warna kulit dan juga agama. Seringkali pelajar bukan Islam yang belajar di sekolah kebangsaan akan membuka ruang untuk memahami dan memeluk Islam.
    • Kebajikan, ada sesetengah orang masuk Islam disebabkan oleh kebajikan yang diberikan oleh keluarga muslim. Kebajikan adalah cara yang baik untuk memikat orang bukan Islam supaya kenal dan faham Islam. Dalam Islam sangat digalakkan untuk membantu orang lain, sayangkan kebanyakan muslim kita hanya membantu bangsa sendiri. Sebagai contoh apabila kita memberi bantuan kepada pesakit di Hospital maka diutamakan muslim terlebih dahulu dengan mengabaikan bukan muslim. Mungkin disebabkan bantuan akan membantu mereka untuk memahami dan menerima Islam

    • Kajian, ramai yang masuk Islam disebabkan oleh kajian adalah pelajar universiti atau pekerja profesional. Selepas dikaji mereka dapati agama Islam adalah agama yang lojik dan mudah serta sesuai dengan perkembangan teknologi. Orang yang masuk Islam kerana kajian akan memudahkan dalam membimbing sebab mereka telah mengetahui perkara-perkara asas dalam Islam. Bahkan ada sesetengahnya telah pun mengamalkan amalan-amalan asas seperti sembahyang dan puasa.
    • Azan dan Shalat, ada sesetengah yang masuk Islam kerana minat kepada suara azan yang menyejukkan hati pendengarnya. Ada juga keranakan kekusyukan gerakan shalat dalam Islam telah menarik minat bukan Islam untuk mengkaji dan mendalami Islam. Kadangkala ada juga yang bermimpi ataupun mendengar suara azan di tengah malam sedangkan orang lain tidak mendengarnya. Mereka mengambil semua ini sebagai petunjuk atau hidayah daripada Allah untuk menerima Islam

    • Status Bumi Putera, ada sesetengah orang masuk Islam dan berkahwin dengan ngan bumiputera untuk mendapatkan status bumi putera. Sama juga seperti yang diamalkan di Sabah dan Sarawak berkahwin dan masuk agama bumiputera semata-mata untuk mendapatkan status bumi putera. Ini tidak salah dari segi Islam tetapi yang menjadi masalah selepas mereka masuk Islam tidak ada yang membimbing mereka sehingga selepas mereka dapat yang dihajatkan maka tidak mengamalkan Islam bahkan mengetapikan Islam. 

    • Perniagaan, ada juga yang masuk Islam untuk memudahkan dapat projek kerajaan sebab status Islam akan memudahkan mendapat kelulusan dalam tender kerajaan. sekiranya selepas pengislaman tidak ada yang membimbing secara berterusan maka mereka akan semakin jauh daripada Islam. Gunakan peluang tersebut untuk membimbing mereka supaya dapat menjadi msulim yang baik.

    • Cerai, ada agama yang terlampau susah untuk menuntut cerai sungguhpun tidak ada lagi kesefahaman maka undang-undang di Malaysia sekiranya pasangan Islam mempunyai agama yang berbeza maka perkahwinan akan terbatalkan selepas tiga bulan. Maka pengislaman digunakan sebgaai alasan untuk memisahkan daripada pasangan masing-masing. 
    • Dakwah, sangat sedikit bukan islam yang masuk islam kerana dakwah daripada muslim. Hanya sebahagian kecil orang masuk Islam kerana dakwah daripada muslim, ini membuktikan tidak ramai muslim kita yang melakukan dakwah kepada bukan Islam di Malaysia. Hampir tidak dijumpai mereka masuk islam kerana ajakan daripada muslim sungguhpun mereka berkahwin dengan muslim bertahun-tahun dan tinggal serta makan bersama. 
    • Apapun punca mereka masuk Islam maka pergunakan sebaik mungkin peluang ntuk membimbing mereka menjadi muslim yang baik.

    SELAMAT DATANG KEPADA MUALLAF

    Assalamualiakum Warahmatullahi Wabarakatuh
    Tahniah diucapkan kepada Para Muallaf yang telah mendapat Hidayah oleh Allah untuk menjadi Muslim
    Blog ini disediakan untuk memudahkan para muallaf belajar dan mengkaji Islam secara online, sasaran utama adalah kepada muallaf yang baru menerima hidayah tersebut